ADUN Tarat Serah Surat Projek RTP Bagi Kawasan Tapah

AHAD, 28 MAC 2021

SERIAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah menyerahkan Surat Makluman Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 bagi kawasan Tapah.

Serahan itu disampaikan oleh beliau kepada ketua-ketua kampung di Bilik Gerakan PBB Cawangan Tarat, Tapah pada Sabtu.

Antara projek itu ialah penambahbaikan Dewan Serbaguna Kampung Senah Rayang berjumlah RM250,000 dan membina Jalan (Lorong 8) di Kampung Stabut RM200,000.

Selain itu juga, membina jalan baru dan membaiki jalan lama yang rosak di Kampung Darul Islam Belimbing (RM150,000), membaik pulih Balai Raya Kampung Pesang (RM180,000), membina jambatan dan papan tanda Kampung Rudan (RM100,000) serta menaik taraf SK Plaman Sidunuk, Padawan RM60,000.

Manakala pojek membaiki tempat letak kereta dan pagar Gereja St Anthony Kampung Peraya, penambahbaikan Gelanggang Futsal Kampung Stabut dan menaik taraf Balai Raya Lama Kampung Rudan masing-masing RM50,000.

Dalam majlis berasingan, beliau turut menyampaikan sumbangan makanan kering dan basah kepada 79 keluarga di Kampung Chupak.

Ini susulan penduduk kampung Chupak telah di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 25 Mac 2021.

Setakat Sabtu, seramai 104 individu telah disahkan positif COVID-19 di kampung terbabit.-EDISI UKAS

Share

add comment