Ahli Parlimen Batang Lupar Serah Projek Naik Taraf Surau Al Wahdah Al Ummah

AHAD, 28 MAC 2021

SRI AMAN: Projek menaik taraf Surau Al- Wahdah Al Ummah Kampung Melayu Sembau kini siap sepenuhnya dan boleh digunakan untuk kegunaan penduduk.

Sehubungan itu, majlis penyerahan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tersebut telah diadakan pada Ahad yang disaksikan sendiri oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim.

Dalam majlis itu, Dato Sri Rohani memberitahu, sebanyak RM85,000 telah diperuntukkan bagi menyiapkan projek menaik taraf surau serta mengatasi masalah banjir di situ,

“Berkat kerjasama dan komitmen semua pihak, projek ini dapat disiapkan lebih awal pada 15 Februari lepas,” ujarnya.

Selain itu, beliau menambah sebanyak RM1.18 juta telah diagihkan untuk DUN Lingga melalui lapan projek RTP bagi merancakkan lagi pembangunan di kawasan itu.

Katanya, meskipun pandemik COVID-19 sedikit sebanyak mengurangkan program dijalankan, tetapi beliau tetap menyalurkan geran kerajaan melalui wakil yang dilantik.-EDISI UKAS

Share

add comment