AHAD, 28 MAC 2021
MIRI: Orang ramai khususnya mereka yang berada di kawasan DUN Lambir digesa untuk segera mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, untuk mencapai matlamat Imuniti kelompok (herd immunity), orang ramai perlu menerima suntikan vaksin COVID-19.
“Mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19 diminta segera berbuat demikian.
“Ini kerana fasa kedua dan ketiga penerima vaksin COVID-19 akan mula dilaksanakan pada April 2021.
“Apabila semua rakyat menerima vaksin COVID-19, nescaya kita akan dapat memutuskan rantaian penularan wabak pandemik COVID-19 di negara dan di Sarawak,” katanya selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua di Dewan Eastwood Valley, Miri pada Sabtu.
Tambahnya, lebih ramai orang menerima suntikan vaksin COVID-19, lebih cepat matlamat untuk Imuniti kelompok (herd immunity). -EDISI UKAS