Manusia Memerlukan Air, Hargai Air Untuk Kehidupan Hari Ini Dan Akan Datang

AHAD, 28 MAC 2021

MIRI: Manusia memerlukan air yang banyak di dalam tubuh badan dengan metaboslime normal terdiri daripada air sebanyak 60 peratus.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, kita memerlukan air di dalam tubuh badan untuk melakukan banyak berfungsi seharian. 

“Jika manusia tidak makan masih boleh bertahan satu hari, tetapi jika tidak minum air, kita akan rasa perbezaannya. 

“Contohnya, orang yang sesat di laut, boleh bertahan kelaparan hampir seminggu, tetapi masih memerlukan air melalui air hujan. 

“Oleh sebab itu, air memainkan peranan yang penting untuk tubuh badan manusia,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan sambutan Hari Air Sedunia di Kampung Pulau Melayu, Miri pada Sabtu. 

Katanya lagi, kita sangat memerlukan air dan hargai air untuk kesejahteraan dan kehidupan manusia pada hari ini dan akan datang. 

Sementara itu, Jurutera Bahagian Miri Ir Hiew Si Tien menyifatkan smabutan Hari Air Sedunia yang bertemakan ‘Menghargai Air’ sangat tepat dan perlu diuruskan dengan baik mungkin bagi memastikan sumber semula jadi itu dapat digunakan untuk kehidupan seharian manusia. -EDISI UKAS

Share

add comment