Pengambilan Vaksin COVID-19 Dos Kedua, Juga Tiada Kesan Sampingan

AHAD, 28 MAC 2021

BINTULU: Selepas mengambil vaksin kali pertama pada 6 Mac lepas, tiada sebarang kesan sampingan yang menganggu kesihatan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai berkata, pada suntikan dos kedua ianya turut sama dengan tiada kesan sampingan. 

“Hari ini (Sabtu) saya telah mengambil vaksin kali kedua. Selepas mengambil vaksin kali kedua lebih kurang setengah jam, saya tidak berasa apa-apa. 

“Jadi, saya memohon saudara dan saudari supaya jangan takut dan jangan khuatir mengambil vaksin COVID-19. 

“Ini adalah sangat penting untuk setiap rakyat terutama untuk menjaga diri kita sendiri orang-orang yang kita sayang agar kita dan anak kita dan sebagainya,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menerima Program Vaksinasi COVID-19 Bahagian Bintulu Suntikan Dos Ke-2 di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu pada Sabtu. 

Katanya lagi, kalau hendak rakyat dan keluarga sihat hendaklah mengambil vaksin. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggie melahirkan keyakinan untuk bertemu dengan rakyat di kawasan selepas mengambil vaksin COVID-19 dos kedua. 

“Jadi, selepas mengambil vaksin COVID-19 dos kedua ini, saya semakin yakin dan berani lagi untuk bergerak ke kawasan untuk berjumpa rakyat. 

“Apabila semua kita telah menerima vaksin, kita tidak perlu risau akan jangkitan COVID-19 lebih-lebih lagi untuk bertemu dengan rakyat, media dan pegawai kerajaan di kawasan dan rumah panjang,” katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment