Petugas Barisan Hadapan Di Belaga Terima Dos Kedua

AHAD, 28 MAC 2021

BELAGA: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Belaga bagi suntikan dos kedua telah dimulakan.

Sebanyak 60 orang telah menerima dos kedua tersebut termasuk Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang serta Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong pada Ahad.

Ketika ditemui, Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) memohon dan menyeru supaya orang ramai, untuk tidak berasa ragu untuk mengambil vaksin demi keselamatan diri sendiri, keluarga dan orang ramai.

Manakala Datuk Wilson turut memberitahu, dengan mengambil vaksin tersebut memberikan keyakinan dan selamat untuk bergerak.

Program tersebut telah berjalan seperti yang dirancang dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) .-EDISI UKA

Share

add comment