Lebih RM1.3 Juta Peruntukan AFF Bantu Penduduk DUN Semop Tingkat Hasil Pertanian

AHAD, 28 MAC 2021

TEKAJONG: Lebih RM1.3 juta peruntukan Program Dana Kemudahan Pertanian (AFF) telah diagihkan kepada 211 orang penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop.

Jumlah tersebut termasuk bantuan input pertanian berjumlah RM293,100 yang diserahkan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Abdullah Saidol kepada 27 penerima pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menyampaikan sumbangan tersebut di Pejabat Sub Stesen Jabatan Pertanian Tekajong.

Sementara itu, beliau memberi jaminan untuk membantu penduduk memohon mewujudkan Pasar Tani di Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) Semop.

Tambahnya juga, Kerajaan Negeri telah menyediakan dana yang besar untuk membangun beberapa kawasan sebagai Taman Pertanian dan ‘Food Basket’.

Beliau berharap penduduk memanfaatkan usaha Kerajaan Negeri itu untuk meningkatkan hasil dan kualiti produk pertanian.

Dalam pada itu, Abdullah turut meninjau dua buah ladang fertigasi cili yang diusahakan menerusi program AFF.-EDISI UKAS

Share

add comment