Ahli Parlimen Batang Lupar Santuni Warga Emas dan Terlantar

ISNIN, 29 MAC 2021

SRI AMAN: Ahli Parlimen Batang Lupar Dato Sri Rohani Abdul Karim turun padang bertemu rakyat dalam Program Sentuhan Rohani pada Ahad.

Dalam program itu, beliau telah menziarahi dan menyerahkan sumbangan barang keperluan dan juga wang kepada lima penerima yang terdiri daripada pesakit terlantar dan warga emas di kawasan itu.

Program Sentuhan Rohani itu merupakan satu program khas Ahli Parlimen Batang Lupar bagi menyantuni golongan yang memerlukan dan membantu meringankan sedikit beban kepada penerima.-EDISI UKAS

Share

add comment