Ahli SRS Kampung Haji Baki Terima Sijil Penghargaan

ISNIN, 29 MAC 2021

KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang pada Ahad menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kampung Haji Baki.

Beliau semasa berucap berkata, Kawasan Rukun Tertangga (KRT) SRS telah bertungkus lumus dan bekerjasama dengan semua agensi serta jabatan yang mengawal keadaan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan keatas Kampung Haji Baki pada 28 Oktober sehingga 13 November 2020 yang lalu.

Tambahnya, sijil yang diserahkan kepada ahli-ahli SRS tersebut merupakan tanda penghargaan dan sekaligus sebagai bukti tanggungjawab yang diamanahkan telah dilaksana dengan sebaik mungkin.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Penghulu Kampung Haji Baki,Sabtuyah Yusuf, Ketua Kaum Kampung Haji Baki Block B,Baslie Sulaiman, Ketua Kaum Kampung Haji Baki Block C,Roslie Ahmad Darus serta Pengerusi KRT SRS Kampung Haji Baki,Hatta Lazim. -EDISI UKAS

Share

add comment