Masyarakat Perlu Hargai Alam Sekitar

ISNIN, 29 MAC 2021

BELAGA: Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak telah menganjurkan program gotong-royong pembersihan sungai di Rumah Ramli Udau Sungai Jelalong Tubau pada Sabtu.

Program yang diadakan bersempena Sambutan Hari Air sedunia 2021 itu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan air dan memupuk semangat mencintai serta menghargai sungai dan alam sekitar.

Berucap dalam program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, semua lapisan masyarakat perlu bersatu dalam menjaga kelestarian sumber alam bagi memelihara khazanah alam dan mengekalkan ekosistem yang mampan supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Sementara itu,  Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong turut menyambut baik program berkenaan kerana dapat memupuk semangat tanggungjawab bersama untuk membudayakan aktiviti gotong royong dan amalan hijau dalam kalangan masyarakat.-EDISI UKAS

Share

add comment