Penduduk Rumah Panjang Di Bintangor Terima Bekalan Makanan

ISNIN, 29 MAC 2021

BINTANGOR: Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana (HADR) menerusi Jabatan Kebajikan Daerah Meradong telah menghantar bekalan makanan ke rumah panjang di sini yang menjalani Perintah Sekatan Pergerakan (lockdown) pada Ahad.

Bantuan itu diserahkan kepada penduduk di Rumah Peter Kilas Nanga Selidap, Rumah Ujeh Ulu Stras, Rumah Anggok, Loba Stabah, Jalan Tanjung Manis dan Rumah Anchal Sebuang termasuk Rumah Buan Nyambar Sungai Stubah.

Setakat ini, bekalan makanan disalurkan adalah mencukupi bagi meringankan beban kepada ketua isi penduduk rumah panjang selama menjalani tempoh kuarantin tersebut.-EDISI UKAS

Share

add comment