Program Pembudayaan Amalan Norma Baharu COVID-19 Di Lubok Antu

ISNIN, 29 MAC 2021

LUBOK ANTU: Program pembudayaan amalan norma baharu COVID-19 adalah bagi memberi kesedaran kepada penduduk luar bandar khususnya di rumah panjang.

Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) Tommy Laman berkata, amalan norma baharu penting untuk membendung penularan wabak tersebut.

“Saya berharap agar semua rakyat sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan demi memutuskan penularan wabak COVID-19.

“Oleh itu, saya juga menyarankan agar komuniti setempat untuk mendaftar diri mengambil suntikan vaksin COVID-19 di pejabat daerah atau klinik kesihatan berdekatan.” katanya semasa Taklimat Pembudayaan Amalan Norma Baharu COVID-19 di Rumah Panjang Majom, Tawai Tengah.

Program tersebut melibatkan para kaunselor MDLA serta 15 orang ketua kaum yang mewakili 15 buah rumah panjang di sekitar Lubok Antu. -EDISI UKAS

Share

add comment