47 Petugas Barisan Hadapan Di Matu Terima Suntikan Dos Pertama

SELASA, 30 MAC 2021

MATU: Seramai 47 petugas barisan hadapan dari PBT, UKAS, RELA dan Pejabat Daerah Matu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 bertempat di Klinik Kesihatan Tian, Matu pada Selasa.

Ia merupakan Program Imunisasi Kebangsaan pertama untuk petugas barisan hadapan di Daerah Matu.

Penerima vaksin merupakan mereka yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan pengisian borang persetujuan suntikan vaksin sebelum disuntik.

Rata-rata penerima yang sudah menerima suntikan menyeru orang ramai untuk menerima suntikan itu kerana ia tidak menyakitkan.

Selain itu, penduduk di Matu juga disarankan untuk mendaftar dan mengambil suntikan ini demi keselamatan diri, keluarga dan orang ramai.

Proses vaksinasi bermula sekitar jam 9 pagi itu berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. – EDISI UKAS

Share

add comment