714 Petugas Barisan Hadapan Daerah Marudi Terima Vaksin COVID-19 Dos Kedua

SELASA, 30 MAC 2021

MARUDI: Seramai 714 petugas barisan hadapan di Daerah Mulu menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua pada Sabtu yang akan berakhir pada Rabu. 

Mereka sebelum ini telah menerima dos pertama pada 6 Mac lepas. 

Turut sama menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua ialah Timbalan Speaker DUN Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala dan Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau. 

Semasa ditemui, Dato Gerawat meminta penduduk di kawasan DUN Mulu dan Daerah Marudi untuk segera mendaftarkan diri bagi menerima vaksin COVID-19. 

“Mereka boleh mendaftar dengan menggunakan telefon pintar menerusi Aplikasi MySejahtera dan pergi Pejabat Daerah yang berdekatan atau Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kampung-kampung.

“Selain diberikan secara percuma, vaksin COVID-19 ini juga akan membantu menguatkan imunisasi badan bagi menahan jangkitan COVID-19,” katanya. 

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Marudi Norlila Ulis, Ketua Polis Daerah Marudi DSP Jo Ak Hang dan Setiausaha Majlis Daerah Marudi Lolita Jaime Nicholas. -EDISI UKAS

Share

add comment