JKM Kapit Hantar Sumbangan Bekalan Makanan

SELASA, 30 MAC 2021

KAPIT: Penduduk di tiga lokasi yang menjalani Perintah Sekatan Pergerakan (lockdown) di sini menerima bantuan bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Bahagian Kapit. 

Sebanyak 80 pek makanan telah disalurkan kepada rumah panjang dan tempat yang terlibat ialah Rumah Ejon, Rumah James Saka dan SK Nanga Tiau, Mujong. 

Setakat ini hanya anggota dan pegawai Jabatan Kebajikan Bahagian Kapit yang menghantar bantuan ini ke kawasan yang telah dikuarantin.

Rata-rata penduduk kampung memberikan maklumbalas yang baik atas bantuan tersebut. – EDISI UKAS

Share

add comment