Kluster Baru Dikesan Di Jalan Datuk Gridbid, JPBB Miri Pantau SOP Pencegahan COVID-19

SELASA, 30 MAC 2021

MIRI: Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin bersama ahli JPBB Miri serta pasukan penguatkuasa telah turun padang bagi memantau aspek pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 di Pasar Lutong Selasa. 

Ini susulan kluster baru telah dikesan di Jalan Datuk Gridbid, Lutong Miri baru-baru ini. 

Sepanjang pemantauan, didapati pematuhan SOP adalah pada tahap yang memuaskan.

Untuk itu, Datuk Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menyeru agar masyarakat Miri terus bekerjasama untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Terus patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera, amalan penjarakkan fizikal, pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu badan serta penggunaan cecair pembasmi kuman.

Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi JPBB Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri Morshidi Fredrick dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Miri Edward Tawang. -EDISI UKAS

Share

add comment