Proses Pemberian Vaksin COVID-19 Dos Kedua Daerah Subis Berjalan Lancar

SELASA, 30 MAC 2021

SUBIS: Proses pemberian vaksin COVID-19 dos kedua yang diadakan di Daerah Subis pada Ahad berjalan lancar.

Program yang berlangsung di Dewan Masyarakat Bekenu, Daerah Subis turut melibatkan Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, pegawai Daerah Subis dan Beluru serta kakitangan kerajaan yang merupakan petugas barisan hadapan.

Pemberian vaksin COVID-19 dos kedua diketuai Ketua Program Pemberian Vaksin, Daerah Subis Dr Monica Tan Joe Yng berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 Mac sehingga 29 Mac 2021. 

Hadir sama Pemangku Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri  Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Daerah Subis Jamalie Busri dan Pegawai Daerah Beluru Alfred Geling. -EDISI UKAS

Share

add comment