Sebastian Ting Serah 2 Mesin Sanitasi Dan 1 Termometer Kepada Miri Home For The Aged

SELASA, 30 MAC 2021

MIRI: Warga emas khususnya mereka yang mempunyai penyakit kronik perlu memastikan kesihatan diri dijaga dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, ianya bertujuan mengelak jangkitan COVID-19. 

“Virus COVID-19 ini tidak mengenal usia sama ada muda atau tua juga jantina lelaki atau perempuan.

“Ianya menyerang manusia yang leka dengan tidak mematuhi SOP dan terdedah kepada penyakit ini yang mudah merebak melalui udara dan sentuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyerahkan sumbangan 2 mesin sanitasi dan satu termometer kepada Miri Home For The Aged (Rumah Warga Emas) pada Ahad. 

Ujarnya lagi, untuk memastikan kesihatan sentiasa dipelihara, adalah wajar untuk semua rakyat mematuhi SOP demi untuk keselamatan diri, keluarga dan orang lain. 

Hadir sama Pengerusi Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Clan Miri Wong Teck Chong dan Lembaga Pengurusan Miri Home For The Aged Kapitan Betty Hon. -EDISI UKAS

Share

add comment