Siapnya Pasar Tamu Baru Akan Selesaikan Masalah Penjaja Haram Di Desa Senadin

SELASA, 30 MAC 2021

MIRI: Apabila siapnya sebuah tamu baru akan menyelesaikan isu penjaja haram di Desa Senadin. 

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin, Pasar Tamu baru ini mempunyai ruang sesuai yang lebih sempurna untuk berurusniaga dan sekaligus menyelesaikan masalah kesesakkan lalulintas.

“Projek pembinaan tamu baru ini dimulakan pada 11 Januari 2021 dan kini dalam tahap 95 peratus siap.

“Pasar Tamu yang belanja sebanyak RM500,000 dan berukuran 8 meter lebar serta 62 meter panjang akan dapat menampung sejumlah 28 buah gerai,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas melakukan lawatan tinjauan tapak pembinaan Pasar Tamu baru di Desa Senadin pada Selasa. 

Datuk Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menambah, isu penjaja haram yang selama ini bermaharajalela di tepi jalan akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. 

Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri Morshidi Fredrick dan Pegawai Takbir Pejabat Daerah Miri Edward Anak Tawang. -EDISI UKAS

Share

add comment