SUPP Cawangan Bukit Assek Bantu Mangsa Kebakaran

SELASA, 30 MAC 2021

SIBU: Musibah yang menimpa 44 mangsa kebakaran di Sibu terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Prihatin dengan nasib mangsa, Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek, Dato Chieng Buong Toon turun padang untuk mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa.

Turut hadir semasa penyerahan bantuan itu pada Selasa ialah Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek, Kaunselor Joseph Chieng.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1.45 pagi pada Isnin, rumah sewa teres dua tingkat terletak di Jalan Tiong Hua 9 ranap sepenuhnya dalam kebakaran.

Ia telah mengorbankan seorang lelaki berusia 40an manakala 10 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – EDISI UKAS

Share

add comment