Projek Bekalan Air Berimpak Tinggi Beri Manfaat Kepada Penduduk Serian

RABU, 31 MAC 2021

SERIAN: Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan komited untuk memastikan penduduk di Bahagian Serian mempunyai infrastruktur bekalan air bersih yang lebih baik.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) serta Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melaksanakan pelbagai projek bekalan air berimpak tinggi di bawah program Projek Rakyat dan Projek KPLB yang dilaksanakan sejak tahun 2018.

Selepas melawat tapak projek bekalan air Bahagian Serian pada Selasa, beliau memberitahu, sebanyak lapan Projek Rakyat bernilai sekitar RM100 juta, dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, manakala dua Projek KPLB bernilai sekitar RM117 juta, dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

“Bermula daripada tahun 2018 hingga kini, banyak projek besar sedang dibangunkan dengan jumlah kos RM223 juta.

“Ini adalah gabungan projek kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sebanyak empat Projek Rakyat telah berjaya disiapkan sepenuhnya di Bahagian Serian iaitu Proposed Urgent Rehabilitation and Improvement Works to Watermain to Taee Booster Station; Improvement Works at Water Treatment Plant and Booster Station at Slabi Water Treatment Plant, Reservoir 18ML, Balai Ringin, and Tebedu Booster Pump;Improvement Works for Mechanical and Electrical Equipment at Water Treatment Plant and Booster Station at Slabi Water Treatment Plant, Reservoir 18ML, Balai Ringin, and Tebedu Booster Pump dan Replacement of various sizes of AC pipes in Serian Division (SR2 – WO3).

Manakala, baki empat projek rakyat yang selebihnya masih dalam fasa pembinaan, iaitu Proposed Booster Station at Kpg Entayan Kropok, Balai Ringin; Jalan Kong Ping at Mile 27; Lorong 9/14 at Kpg Taee; Kpg Merang (SR2 – WO1) ; Jalan Ensenggei Water Supply (SR2 – WO2) ; Proposed Augmentation of Serian Water Treatment Plant and Associated Works (SR3 – WO2) dan Proposed for Performance Based on Non-Revenue Water (NRW) Reduction at Serian.

Bagi projek di bawah KPLB,salah satu  daripada projek tersebut projek iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Tahun 2016 Negeri Sarawak Zon 3-Serian yang bernilai RM4.1 Juta telah siap sepenuhnya dan satu lagi projek iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Mentong Merau/Mongkos, Bahagian Serian masih dalam peringkat pembinaan.

Turut sama dalam lawatan itu, ADUN Kedup, John Ilus serta ADUN Bukit Simuja,Martin Ben.-EDISI UKAS

Share

add comment