256 Kakitangan PPD Lundu Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin COVID-19

RABU, 31 MAC 2021

LUNDU: Seramai 256 orang guru dan kakitangan bukan guru di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Dewan Masyarakat Lundu pada Rabu.

Jumlah tersebut merupakan satu pertiga daripada jumlah guru dan kakitangan bukan guru dalam daerah Lundu yang telah divaksin.

Sejak Selasa pula, turut dimaklumkan seramai 327 orang yang terdiri dari kakitangan agensi kerajaan di daerah Lundu telah menerima vaksin sama. -EDISI UKAS

Share

add comment