ADUN Batu Danau Terima Suntikan Vaksin COVID-19

RABU, 31 MAC 2021

LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau menyeru masyarakat setempat di Daerah Limbang untuk mendaftar dan menerima suntikan vaksin COVID-19. 

Katanya, masyarakat seharusnya mengambil peluang ini bagi menjalani menerima suntikan vaksin COVID-19 sebagai langkah mengelak penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih lagi menghantui negeri dan seluruh masyarakat dunia. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Limbang baru-baru ini. 

Sementara itu, Sulat Aba, 60 tahun yang merupakan penjawat awam masyarakat setempat tidak perlu takut untuk menerima vaksin COVID-19 ini.

“Program vaksinasi ini adalah untuk kebaikan semua masyarakat setempat.

“Jangan takut kerana apa yang dilakukan kerajaan ini adalah untuk menjaga kesihatan rakyat daripada terus dihantui penyakit COVID-19,” katanya. 

Bagi Abraham ak David, 32 tahun yang turut menerima vaksin COVID-19 memberitahu selepas menerima vaksin COVID-19, tiada kesan sampingan yang dialaminya. 

“Sebelum mengambil vaksin COVID-19, saya yakin vaksin ini baik dan selamat untuk penerima kerana telah diuji kualitinya.

“Jangan khuatir dan daftar segera sebagai penerima vaksin dengan mendaftar diri menggunakan aplikasi Mysejahtera dan melalui Klinik Kesihatan yang berdekatan,” katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment