ADUN Sebuyau Lawat Projek RTP, Pastikan Ia Ikut Spesifikasi

RABU, 31 MAC 2021

SEBUYAU: Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi mengadakan lawatan kerja ke atas projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di sekitar kawasan Sebuyau pada Rabu.

Lawatan terbabit adalah bagi memastikan projek yang diluluskan itu dilaksanakan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan dan manfaat masyarakat setempat.

Selain itu, beliau turut melakukan pemantauan ke atas projek yang diserah tapak seperti menaik taraf gelanggang futsal Pekan Sebangan dan pembinaan Masjid Sebangan di bawah RTP 2020 serta projek RTP 2021 iaitu membina baru Tabika Kemas Sebangan.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Julaihi berharap agar para kontraktor melaksanakan projek berkenaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi memastikan ia berkualiti dan tahan dalam jangka masa panjang.

Turut disampaikan sumbangan peralatan beg sukan kepada Pasukan Bola Sepak Armanda Vateran Sebangan.-EDISI UKAS

Share

add comment