Datuk Lee Lancar Pelan Antirasuah Organisasi Kementeriannya

RABU, 31 MAC 2021

KUCHING: Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin pada Rabu melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi bagi kementeriannya untuk tempoh 2021 hingga 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pelan tersebut memberi fokus kepada empat bidang keutamaan iaitu Pengurusan Projek dan Kajian Penyelidikan, Perolehan dan Kewangan, Tadbir Urus Awam dan Pengurusan Sumber Manusia.

Ia juga merangkumi empat strategi, lima objektif strategik dan 48 pelan tindakan yang merangkumi 11.
Selain itu, pelan ini juga diyakini dapat membantu Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) memastikan pelaksanaan program, projek dan aktiviti-aktiviti pembangunan dan sektor pengangkutan yang akan diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Negeri Sarawak dilaksanakan dengan telus.

Turut hadir Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil. – EDISI UKAS

Share

add comment