IOW Penting Sebar Maklumat Tepat, Galak Rakyat Daftar Vaksin COVID-19

RABU, 31 MAC 2021

BINTANGOR: Info On Wheels (IOW) inisiatif Jabatan Penerangan merupakan platform penting menggalakkan orang ramai mendaftar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, program itu juga berperanan menyebar dan menghebahkan maklumat tepat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian semasa menyertai IOW anjuran Jabatan Penerangan Daerah Meradong di Bintangor, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai di daerah Meradong agar mendaftar mendapatkan vaksin COVID-19 dengan segera.

Ujarnya, vaksin tersebut penting sebagai usaha mengekang penularan pandemik itu.-EDISI UKAS

Share

add comment