MPP Anjur Program Pendaftaran Imunisasi COVID-19

RABU, 31 MAC 2021

KUCHING: Dalam membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memerangi wabak COVID-19, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah mengambil inisiatif untuk turun padang mengadakan Program Pendaftaran Imunisasi COVID-19 yang telah bermula pada 27 Mac lepas.

ADUN Batu Kitang yang juga Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata, program tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai mendaftarkan diri dalam mendapatkan vaksinasi.

“Program pendaftaran imunisasi COVID-19 seterusnya akan diadakan pada 3 April ini (Sabtu) pada jam 8 pagi  hingga 12 tengah hariri di tempat Pasar Awam Sungai Maong.”

“Manakala pada 10 April 2021 (Sabtu) pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di tempat Pasar Awam Kota Padawan,” katanya ketika ditemui pada Selasa.

Tambah beliau, MPP juga telah mengambil inisiatif menyerahkan poster norma baharu kepada penduduk kampung di kawasan pentadbiran MPP.

Sesi penyerahan poster tersebut telah disempurnakan semasa Mesyuarat Penuh Majlis di Dewan Majlis MPP. -EDISI UKAS

Share

add comment