RABU, 31 MAC 2021
SUAI: Menteri Utiliti Sarawak yang juga AHli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Rakyat Menaik Taraf Jalan Lembong Suai pada Ahad.
Projek Menaik Taraf Jalan Lembong Suai sepanjang 9 kilometer dan bernilai lebih RM3.59 juta itu telah 44.62 peratus siap berbanding jadual asal 39.44 peratus.
Turut dilawat Projek Menaik Taraf Jalan Boniface Bada ke Rumah Webstar (Fasa 2) sepanjang 3 kilometer bernilai lebih RM1.89 juta.
Kedua-dua projek tersebut telah dimulakan pada 1 Oktober 2020 dan dijangka siap pada 31 Mei 2021.
Jalan tersebut juga akan dihubungkan ke Jalan Pan Borneo.
Apabila siap nanti, ianya akan memacu pertumbuhan sektor pertanian terutama pekebun kelapa sawit dan memendek jarak serta masa penduduk rumah panjang untuk keluar ke bandar. -EDISI UKAS