Redah Jalan Balak Demi Penduduk Mujong, Baleh

RABU, 31 MAC 2021

KAPIT: Meredah jalan pembalakan dalam keadaan tanah becak terutamanya ketika cuaca hujan, bukan halangan bagi petugas menghantar bantuan kepada penduduk yang dikenakan perintah sekatan pergerakan.

Pada Rabu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit telah menghantar 68 pek bantuan makanan kepada penduduk tiga buah rumah panjang termasuk sebuah sekolah rendah di Mujong, Baleh.

Bantuan diberikan kepada penduduk Rumah Narok, Rumah Gisang, Rumah Nyawai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bebangan, Oyan.

Penduduk bukan sahaja akur dengan perintah sekatan pergerakan malah amat menghargai usaha agensi kerajaan yang banyak membantu mereka dalam keadaan sukar ini.

Menurut pegawai Jabatan Kebajikan Bahagian Kapit, mereka juga tidak pernah jemu untuk melaksanakan tanggungjawab kebajikan membantu penduduk rumah panjang walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran. -EDISI UKAS

Share

add comment