ADUN Batu Danau Tinjau Sendiri Pemohon Bantuan PPRMS Di Kampung Liang Datu

KHAMIS, 1 APRIL 2021

LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan rombongan telah mengadakan lawatan ke Kampung Liang Datu bagi meninjau sendiri keadaan rumah-rumah pemohon bagi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) pada Rabu. 

Selain itu, beliau turut meninjau progres Projek Pembinaan Rumah Pastor yang berjumlah RM100,000 di bawah peruntukan Unit Hal Ehwal Agama Lain-Lain (UNIFOR). 

Selain itu, turut dilawati Projek Jalan Simen menuju ke kawasan jeti kampung tersebut yang masih dalam pembinaan. 

Kehadiran Paulus dan rombongan telah disambut gembira Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Liang Datu. 

Terdahulu, dalam perjalanan ke Kampung Liang Datu beliau telah mengambil beberapa keping gambar jalan raya yang rosak dan tiang-tiang elektrik yang diselaputi dengan akar dan tumbuhan liar.

Sementara itu, dalam perjalanan pulang ADUN Batu Danau telah menyantuni warga emas Balan Aran yang juga merupakan pemohon bantuan baik pulih rumah di Kampung Long Bety.

Beliau juga turut meninjau dan melihat serta mengambil beberapa keping gambar keadaan jalan raya yang rosak di simpang masuk ke Kampung Lubok Tuan. -EDISI UKAS

Share

add comment