ADUN Sadong Jaya Tinjau Projek Di Kampung Pelandok dan Kampung Jaie

KHAMIS, 1 APRIL 2021

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo turun padang meninjau projek pembinaan jambatan menuju ke masjid baru Kampung Pelandok dan projek jambatan konkrit jalan pertanian Kampung Jaie.

Menurutnya, kedua-dua projek tersebut sedang rancak dalam pembinaan dan dijangka siap tidak lama lagi.

“Saya sentiasa turun padang bagi meninjau setiap projek yang akan dan sedang dilaksanakan supaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Saya tidak mahu setiap projek yang dilaksanakan di kawasan ini dilakukan dengan sambil lewa sahaja,” katanya ketika ditemui pada Khamis.

Dalam tinjauan tersebut, beliau berpuas hati dengan kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor.

Sementara itu, dalam program berasingan, beliau telah menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada warga emas kurang upaya di Semera Ulu. -EDISI UKAS