COVID-19: Sarawak Rekod 238 Kes Baharu Positif

KHAMIS, 1 APRIL 2021

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 238 kes baharu positif COVID-19 pada Khamis dan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 16,628 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan media memaklumkan Daerah Bintulu mencatatkan kes tertinggi dengan 95 kes diikuti Sibu (51), Miri (28), Kuching (22), Beluru (17), Julau (8), Serian (6), Meradong (4), Tatau (3), Sebauh (2), Kanowit dan Sri Aman masing-masing satu kes.

Tambah JPBNS juga, jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 juga meningkat kepada seramai 110 orang setelah dua kes kematian direkod melibatkan lelaki tempatan di Sibu dan Bintulu.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan pertukaran status Daerah Beluru dari jingga ke merah, Daerah Tatau pula dari status hijau ke status kuning dan Daerah Tanjung Manis telah kembali ke status kuning.-EDISI UKAS

Share

add comment