Dasar 2030 Kerajaan Sarawak Perlukan Sokongan Kerajaan Persekutuan

KHAMIS, 1 MAC 2021

KUCHING: Dalam mencapai matlamat Dasar 2030, Kerajaan Sarawak yang berpaksikan kepada ekonomi digital dan teras kelestarian pembangunan selepas pasca COVID-19 memerlukan sokongan dan dorongan daripada Kerajaan Persekutuan.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, dengan penambahan dana kepada sektor swasta yang akan berpangkalan di Sarawak akan dapat membantu menaikkan nilai sumber yang ada di negeri ini.

“Sudah tentu dasar-dasar ini bukan sahaja berkehendakkan inisiatif Kerajaan Sarawak, tetapi harusnya didokong dan disokong bersama Kerajaan Persekutuan.

“Kita hendaklah menerima sebanyak jumlah dana sektor swasta untuk mereka berpangkalan di Malaysia khususnya di Sarawak dan dapat menambah nilai kepada sumber yang ada di negeri Sarawak,” katanya semasa berucap dalam Townhall Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Khamis.

Dalam pada itu juga, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari merakamkan penghargaannya kepada Perdana Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Muhyidddin Yassin kerana telah menubuhkan portfolio khas mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, Sarawak telah mencadangkan Artikel 160/2 Perlembagaan Persekutuan hendaklah dipinda memandangkan tafsiran “Persekutuan” masih merujuk kepada Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutan Tanah Melayu 1957.

“Satu perkara yang dekat di hati rakyat Sarawak dari segi kemakmuran bersama adalah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dengan adanya perundingan berterusan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak, pelbagai isu berbangkit berhubung MA63 akan dapat diselesaikan,” ujarnya.

Hadir sama Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Seri Fadillah Yusof, Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion. –EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia