Jalan Menuju Ke Rumah Panjang Stapang Dipenuhi Pasir, Teruk Apabila Hujan Turun

KHAMIS, 1 APRIL 2021

MIRI: Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) Bahagian Miri telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau keadaan jalan menuju ke Rumah Panjang Stapang pada Rabu. 

Jalan ini digunakan oleh penduduk dari 5 buah rumah panjang iaitu Stapang A, B, C, D, dan E, dan di sini juga terdapat sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Stapang Marudi. 

Menurut Penolong Jurutera DID Bahagian Miri Christie Joslyn Panting, lawatan ini dilakukan atas nasihat daripada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala supaya turun padang dan meninjau sendiri keadaan jalan tersebut. 

Hasil pemantauan didapati jalan tersebut dipenuhi pasir yang melimpah dari longkang akibat pasir. 

Keadaaan menjadi semakin teruk apabila hujan kerana aliran air bersama dengan mendapan pasir akan melimpah ke jalan raya. 

JPS Bahagian Miri akan mengusulkan cadangan kepada Dato Gerawat Gala, dan berharap supaya kerja-kerja dapat dilakukan secepat mungkin. -EDISI UKAS

Share

add comment