MDLA Anjur Ceramah Pembudayaan Amalan Norma Baharu COVID-19

KHAMIS, 1 APRIL 2021

ENGKILILI: Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) menganjurkan ceramah mengenai pembudayaan amalan norma baharu COVID-19 di Rumah Panjang Karin, Murat Skrang.

Tujuan ceramah diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang pelbagai budaya baharu yang perlu diberi perhatian.

Pada masa sama, ia adalah bagi menyarankan komuniti setempat untuk mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera ataupun melalui Pejabat Daerah serta Klinik Kesihatan berdekatan.

Sementara itu, pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) juga mengagihkan risalah pemvaksinan COVID-19 untuk diserahkan kepada masyarakat setempat. -EDISI UKAS

Share

add comment