Perdana Menteri Tinjau Pusat Vaksin Di Stadium Perpaduan Kuching

KHAMIS, 1 APRIL 2021

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melakukan tinjauan ke Pusat Vaksin di Stadium Perpaduan Kuching pada Khamis.

Beliau dan isteri Puan Sri Noorainie Abdul Rahman tiba di pusat vaksin itu kira-kira pukul 2.40 petang.

Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan barisan Menteri Kabinet Sarawak. –EDISI UKAS

Share

add comment