Persiapan Rapi Pemberian Vaksin COVID-19 Kepada Orang Awam Awal April Ini

KHAMIS, 1 APRIL 2021

NIAH: Satu tinjauan khas di Dewan Masyarakat Sepupok Niah telah diadakan pada Rabu bagi memastikan persiapan rapi menjelang hari pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada orang awam di kawasan Niah yang dijangka dibuat pada awal April ini.

Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Niah Fazly dan Ketua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dr Kiew Lee Boon telah bersama dalam memastikan setiap keperluan dan kemudahan yang diperlukan teratur serta berjalan dengan lancar. 

Antara agensi yang terlibat dalam persiapan ini ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah Kecil Niah dan Majlis Daerah Subis.

Share

add comment