PM Tiba Di Kuching Bagi Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Sarawak

KHAMIS, 1 APRIL 2021

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat tiba di Kuching bagi mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Sarawak.

Ketibaan beliau dan isteri Puan Sri Noorainie Abdul Rahman yang menggunakan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama barisan Menteri Kabinet Sarawak.

Lawatan rasmi beliau dimulakan dengan menghadiri Taklimat Hala Tuju Kerajaan Sarawak dan diikuti Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam.

Perdana Menteri seterusnya dijadual melakukan tinjauan ke Pusat Vaksin di Stadium Perpaduan Kuching sebelum melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Di-Pertua Negeri (TYT) Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau seterusnya dijangka menghadiri Town Hall-Wawasan Kemakmuran Bersama di BCCK, Kuching pada sebelah petang nanti.

Pada sebelah malam, beliau akan menghadiri jamuan negeri di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri.-EDISI UKAS

Share

add comment