Ripin Lawat 4 Projek RTP DUN Lambir, Pecah Tanah Bina Rumah Panjang Baru Lagan

KHAMIS, 1 APRIL 2021

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat telah mengadakan tinjauan ke empat Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir pada Selasa. 

Dalam lawatan pertama, beliau bersama Pegawai Teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri telah mengadakan lawatan ke Persatuan Penganut Dewa Wan Lao Xian, Taman Tunku Miri. 

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan Projek Bina Baru Dewan Sebarguna yang menelan kos berjumlah RM300,000.  

Selepas itu, beliau mengadakan tinjauan ke Padang Bola Sepak Taman Tunku dan Padang Futsal Taman Jelita bagi meninjau Projek Naik Taraf Padang Bola Sepak yang bernilai RM70,000 dan melihat perkembangan Projek Membina Bumbung Padang Futsal yang berjumlah RM350,000. 

Rombongan meneruskan lawatan ke Rumah Panjang Sungai Sengkabang, Ulu Sibuti bagi meninjau keadaan pembinaan sistem peparitan di rumah panjang baru itu dengan peruntukkan berjumlah RM150,000. 

Dalam lawatan di Rumah Panjang Sungai Telajin, Ulu Sibuti, Ripin telah menyerahkan Projek Membina Gelanggang Sebarguna Rumah Lagan dan Simbolik Pecah Tanah Membina Rumah Panjang Baru yang berjumlah 19 pintu rumah baru kepada wakil-wakil penduduk dari Rumah Lagan, Ulu Sibuti.

Mengakhiri lawatan, beliau telah melawat ke Sungai Telajin, Ulu Sibuti dan berjumpa dengan Tuai Rumah Insin Pak selepas mendapat maklumat berkenaan dengan penduduk menghadapi bekalan air terputus sejak beberapa hari yang lalu akibat kebocoran paip disebabkan aktivit perladangan sawit. -EDISI UKAS

Share

add comment