RM2 Juta Perkasa Pertanian Di DUN Tasik Biru

KHAMIS, 1 APRIL 2021

BAU: Sebanyak RM2 juta telah disalurkan kepada Program Pembangunan Pertanian Luar Bandar di DUN Tasik Biru sehingga kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, jumlah tersebut terbahagi kepada Bantuan Pembangunan Pertanian Rakyat dan Skim Satu DUN Satu Produk.

Beliau berkata demikian semasa menyerahkan Bantuan Input Pertanian DUN Tasik Biru di Dewan Serbaguna Kampung Sudoh, Singai Bau pada Rabu.

Pada majlis tersebut seramai 27 orang penduduk menerima bantuan mesin pembajak tanah dan bantuan lain manakala 10 orang lagi menerima sijil program fertigasi.

Dalam pada itu, Dato Henry juga berkata, penubuhan Bau Development Blueprint merupakan salah satu perancangan jangka masa panjang dalam usaha menjadikan Bau setaraf dengan bandar lain menjelang tahun 2030.

Tambahnya juga, pelbagai pembangunan khususnya pembangunan infrastruktur telah banyak diwujudkan Kerajaan Sarawak di Bau. -EDISI UKAS

Share

add comment