RTM 75 Tahun Terus Kekal Relevan Laksana Transformasi Digital

KHAMIS, 1 APRIL 2021

KUCHING : Melangkaui tujuh dekad sebagai peneraju industri penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus kekal relevan dalam melaksanakan transformasi pendigitalan.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Abdullah Saidol berkata, transformasi itu perlu dilaksanakan seiiring perubahan teknologi penyiaran global masa kini.

“Saya ada tengok satu gambar warga wartawan RTM pada ketika itu pergi ke kawasan pedalaman dengan membawa kamera mungkin sebesar tv dan sebagainya.”

“Dan sekarang ini zaman digital jadi kita haruslah terapkan pembaharuan dalam dunia teknologi digital dalam penyiaran kita.” Katanya semasa menyempurnakan Hari Ulang Tahun RTM Ke 75 di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching pada Khamis.

Tambahnya lagi, beliau berharap agar semua pengamal penyiaran rasmi khususnya kekal menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih. –EDISI UKAS

Share

add comment