Tebingan Spaoh Tarikan Rekreasi Baru Masyarakat Setempat

KHAMIS, 1 APRIL 2021

SPAOH: Satu lagi tarikan baru untuk masyarakat di Daerah Spaoh selepas pembinaan Tebingan Spaoh yang menelan kos RM4.9 juta siap sepenuhnya.

Projek Kerajaan Sarawak bertujuan mengindahkan tebingan Sungai Paku, Spaoh terletak berhadapan dengan Pekan Spaoh sekaligus menjadi lokasi aktiviti rekreasi kepada masyarakat setempat.

Ia mula dibina pada 1 Mac 2019 dan siap sepenuhnya pada 9 Disember 2020 dengan Majlis Daerah Betong sebagai agensi pelaksana.

Sehubungan itu, satu lawatan telah diadakan oleh Setiausaha Majlis Daerah Betong, Charlie Keling dengan pihak kontraktor dan juruperunding pada Khamis untuk menilai projek secara keseluruhan.

Ia turut disertai Juruperunding Projek dari Perunding Optima Sdn Bhd Ir Omar Shafiee, wakil pihak kontraktor Risquna Sdn Bhd dan Penghulu Masyarakat Cina Spaoh, Goh Leng Thong. – EDISI UKAS

Share

add comment