260 Petugas Hadapan Daerah Lundu Terima Vaksin COVID-19

JUMAAT, 2 APRIL 2021

LUNDU: Seramai 260 orang petugas barisan hadapan dan kakitangan agensi kerajaan dalam daerah Lundu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di Dewan Masyarakat Lundu, baru-baru ini.

Jumlah penerima suntikan vaksin tersebut termasuk 66 orang kakitangan dari IPD Lundu, 26 petugas Jabatan Imigresen Malaysia Pos Biawak, 20 orang petugas RELA Lundu, 16 petugas Angkatan Pertahanan Awam Daerah Lundu serta kakitangan-kakitangan dari 18 agensi kerajaan yang lain.

Setakat ini, sebanyak empat sesi vaksinasi COVID-19 bagi petugas barisan hadapan dan perkhidmatan penting dalam daerah Lundu.

Dua lagi sesi akan dijalankan pada minggu hadapan sebelum bermulanya vaksinasi Fasa 2. -EDISI UKAS

Share

add comment