JUMAAT, 2 APRIL 2021
DARO: Seramai 73 orang petugas barisan hadapan agensi kerajaan dan kakitangan Hospital Daro telah menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi program Immunisasi Kebangsaan Fasa 2 pada Khamis.
Program tersebut yang diadakan di Hospital Daro berjalan dengan lancar dan vaksin adalah yang kedua tiba di Daerah Daro selepas selesai untuk suntikan dos kedua bagi penerima pertama sebelum ini.
Pada Ahad ini, vaksin untuk kumpulan seterusnya akan tiba di Daro yang melibatkan 104 penerima telah berdaftar.
Sementara itu, penerima vaksin yang ditemui semasa program turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Mereka berkata, ia adalah tanggungjawab bersama untuk mengekang dan memutuskan rantaian wabak COVID-19.-EDISI UKAS