ADUN Sebuyau Tinjau Projek RTP Kampung Tungkah Melayu

JUMAAT, 2 APRIL 2021

SEBUYAU: Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi telah melakukan tinjauan ke atas pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Kampung Tungkah Melayu, Sebuyau.

Antara projek RTP yang dilawati beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau adalah projek bina baru Dewan Kampung Tungkah Melayu dan meninjau tapak projek RTP 2021 naik taraf Dewan Pembelajaran Kampung Tungkah Melayu.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pelaksanaan projek di bawah RTP telah memberi banyak manfaat khususnya kepada penduduk di luar bandar.

Ujarnya, siapnya projek RTP akan memudahkan penduduk menjalankan aktiviti dan program mereka.

Beliau juga berharap kontraktor dapat melaksanakan projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan demi kepentingan rakyat.-EDISI UKAS

Share

add comment