Datuk Dr Abdul Rahman Lawat Ladang Kelapa Di Kampung Stoh

JUMAAT, 2 APRIL 2021

LUNDU: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail melakukan lawatan ke Ladang Kelapa di Kampung Stoh, Lundu pada Khamis.

Ladang kelapa milik Bong Ngim Swee dengan keluasan 60 ekar ini telah diusahakan selama dua tahun setengah dan ditanam 75 hingga 80 pokok seekar.

Bong memohon kepada kementerian Datuk Dr Abdul Rahman untuk membina jalan ladang atau jalan pertanian.

Beliau juga amat berharap sebuah kilang pemprosesan santan dapat dibina di Bau untuk memudahkan pasaran tempatan. -EDISI UKAS

Share

add comment