Dewan Serbaguna Kampung Payau Burus Kini Siap 95 Peratus

JUMAAT, 2 APRIL 2021

TEBEDU: Pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Payau Burus bakal memberi kelegaan kepada penduduk kampung tersebut apabila ia siap sepenuhnya kelak.

Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan dewan berkenaan masih di peringkat 95 peratus.

Dewan tersebut dibangunkan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajaan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM300,000 melalui Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak merangkap ADUN Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Apabila dewan itu siap sepenuhnya kelak, penduduk tidak perlu lagi menggunakan rumah panjang sebagai tempat mengadakan program atau aktiviti kemasyarakatan.

Ketua Kaum, Kaau Nyawang yang mewakili penduduk kampung berkata, beliau bersyukur kerana impian penduduk kampung untuk mendapatkan sebuah dewan akhirnya tercapai.

“Terima kasih kepada kerajaan Sarawak yang telah menunaikan janji,” katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment