Orang Ramai, Penjawat Awam Hadir Terima Vaksin Di Sibu Jaya

JUMAAT, 2 APRIL 2021

SIBU: Sekitar 100 orang termasuk penjawat awam telah hadir mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Sibu Jaya pada Khamis.

Suntikan tersebut adalah untuk dos pertama dan akan diteruskan pada bulan ini untuk dos kedua.

Penerima vaksin turut dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19.

Sementara itu, bagi salah seorang penerima, Mohd Afizan, beliau amat menghargai peluang untuk mendapat suntikan vaksin tersebut.

Beliau juga berharap orang ramai turut mengambil suntikan vaksin COVID-19 dalam usaha mengekang penularan wabak itu di kalangan masyarakat.-EDISI UKAS

Share
0