Perdana Menteri Menyantuni Peniaga Di Medan Niaga Satok

JUMAAT, 2 APRIL 2021

KUCHING: Sejurus selepas bersarapan di Sepinang Sari Café di Jalan Satok, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan lawatan kerja ke Medan Niaga Satok.

Dalam program tersebut, beliau bersama rombongan telah melawat beberapa premis dan beramah mesra dengan peniaga di sini.

Lawatan beliau ke situ adalah bagi menghadiri Program Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan bagi memulihkan ekonomi jangka pendek, antaranya membantu syarikat bersaiz besar, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan mikro.

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri turut menyempurnakan penyampaian bantuan PRIHATIN kepada para peniaga di medan niaga tersebut.

Ketibaan beliau turut diiringi oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia