Perkampungan Di Sebuyau Terus Terima Manfaat RTP

SEBUYAU: Beberapa kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau bakal menikmati kemudahan infrastruktur Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021.

Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau Ajis Ahmad bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan mengadakan lawatan ke beberapa projek baru yang akan dilaksanakan.

Antara projek tersebut adalah naik taraf Dewan Kampung Skitong Ulu berjumlah RM150,000, naik taraf Balairaya Kampung Arus Iban (RM100,000) dan bina baru Pusat Penjaja Kampung Lumut (RM100,000).

Selain itu, rombongan turut mengadakan lawatan ke tapak bina baru Dewan Kampung Mambai, naik taraf pekarangan Dewan Kampung Senayang dan naik taraf Tabika Kemas Kampung Hulu Sebuyau.

Ajis Ahmad turut memaklumkan tujuan lawatan kerja ke tapak projek RTP tersebut adalah untuk membuat penilaian teknikal dan perjumpaan dengan ketua-ketua kaum di kampug berkaitan supaya projek itu dilaksanakan mengikut keperluan dan kehendak penduduk kampung. -EDISI UKAS